Dimensi kosong berpenghunikan aku
Hanya di dinding bertingkapkan kaca jernih
Berlegar di ruang sempit hingga jemu
Lalu ku langkahkan jasad ke layar hening
Perspektif baharu menjadi tontonan
Bumi, manusia, sifat, tatacara
Hari-hari ku memerhati tatapan
Memahami seisi alam yang fana
Saat menoleh, hadirkan satu kelibat
Refleksi diri yang hampir ku lupa
Kewujudan tubuh ini turut terlibat
Akan qada’ qadar Maha Pencipta
Kompilasi kodeks ku sukar difahami
Kegemaran sekadar simpanan hati
Mungkin akulah golongan minoriti!
Kasta bahasa kita tidak selari
Fizik, Kimia, Biologi
Tajuk kuantum ke astronomi
Dari R.A.P ke puisi
Mahu dipetik apa lagi?
Pelik?
Maaf aku unik
Buku kita lain topik